Kucing merupakan haiwan yang sering dijadikan peliharaan oleh kebanyakan orang. Ini kerana penjagaannya yang mudah dan yang lebih menjadi keutamaan, kucing boleh membuatkan seseorang terhibur.Sejak dari kecil saya sudah dibiasakan dengan dunia kucing. Emak saya telah menghadiahkan saya seekor anak kucing tempatan jantan yang diberikan oleh emak saudara saya ketika itu. Umur saya lebih kurang 5-6 tahun,tetapi saya masih ingat lagi betapa gembiranya saya pada waktu itu. Saya namakan kucing itu TOMPOK mengambil sempena corak bulu badannya yang bertompok-tompok.
Pada ketika itu, pengetahuan saya tentang kucing amat cetek, saya tidak tahu cara untuk menjaga kucing dengan betul...maksud saya penjagaan yang sistematik seperti zaman sekarang.
Walaupun hanya kucing tempatan, kucing saya amat aktif. Setahu saya, dia tidak pernah sakit. Kutu pun tidak pernah saya jumpa di badannya. Mungkin kerana kebersihan kucing amat saya titik beratkan.
Tentang makan, kucing saya tidak cerewet. Hampir semua yang saya makan dia makan...maklumlah,kucing kampung. Pada waktu itu juga, kucing saya dilatih untuk membuang najis di luar rumah,telah disediakan tempat khas untuk itu. Namun, pada satu hari kami sekeluarga terkejut kerana kucing saya tersalah tempat membuang najis!!! Tempat yang dimaksudkan ialah di dalam mangkuk tandas cangkung rumah kami. Kucing pun boleh meniru perbuatan manusia.
Apa yang saya cuba katakan dan nyatakan dalam penulisan saya ini ialah kucing lebih memerlukan kasih sayang dari tuannya daripada makanan yang berkhasiat. Jadi, belai kucing anda dengan penuh kasih sayang kerana itu yang paling utama dalam memelihara haiwan seperti kucing!!!!!!




0 meow comments:
Post a Comment